Setelah selamat sampai di JPO, kami telah menemuramah salah seorang pegawai yang bertugas di bahagian pentadbiran. Beliau telah memberi penerangan tentang kedudukan kedai di JPO, jumlah kedai yang terdapat di JPO dan lain-lain. Beliau juga mengatakan bahawa JPO ini adalah di bawah naungan syarikat "Genting Simon Sdn Bhd" (GSSB), dan anak-anak syarikat dimiliki penuh oleh Simon Genting Ltd ("SGL"). SGL telah bekerja atau usaha sama sebanyak 50:50 antara Azzon Ltd ("Azzon"), dimana ianya milik penuh oleh anak-anak syarikat Genting Plantations Bhd, dan Premium Outlets dan pembahagian kedai oleh 'Simon Property Group'. JPO beroperasi dari Isnin hingga Ahad dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
JPO mempunyai 120 kedai dimana kebanyakkan kedai yang terdapat di sini adalah jenama yang terkenal. Sebagai contoh Aigner, Burberry, Canali, Adidas, Fossil, Michael Kors, Guess, Swatch and Tumi. Untung bagi pengunjung kerana pada 1 hingga 15 Disember, JPO mengadakan sambutan ulangtahun yang ke-2. Pihak JPO menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti kanak-kanak akan dapat menaiki pony ride secara percuma, kita boleh memiliki lukisan kita sendiri yang di lukis oleh artis karikatur dan lain-lain.
Oleh yang demikian, JPO merupakan salah satu tempat membeli-belah yang bertaraf 5 bintang dan tempat keluarga membeli barangan keperluan. Walaupun harga bagi setiap barang di kedai mahal tetapi ada pengunjung yang sanggup membeli-belah di sini. Mereka semua semestinya berpuas hati bagi setiap pembelian mereka. Saya telah menimba pengalaman yang baru selepas melawat ke JPO kerana dapat mengetahui pengendalian peruncitan di JPO. Saya berhasrat untuk memiliki sebuah kedai salah satu kedai di JPO. InshaAllah.
Maka itu sahaja cerita saya di JPO, walaupun saya tidak 'memborong' di sini tapi pengalaman bersama-sama rakan kelas dan pensyarah merupakan tidak dapat dilupakan. Kami bertolak balik ke Shah Alam pada pukul 4.00 petang. Alhamdulillah kami selamat sampai di Shah Alam tepat jam 8.30 malam.
| Penerangan daripada Pegawai JPO |