Bismillahirrahmanirrahim.
Pada 29-30 November 2013, kelas BM225 dan BM245 telah membuat lawatan akademik ke Bazar Karat dan Johor Premium Outlet (JPO), Johor Bahru, Johor darul Takzim. Lawatan ini disertai oleh 32 orang pelajar termasuk pensyarah.
Objektif lawatan ini adalah mengetahui dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang pengendalian operasi peruncitan di Bazar Karat yang dikendalikan secara domestik oleh peruncit tempatan. Selain itu, mengetahui dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang pengendalian operasi peruncitan di Johor Premium Outlets yang mengendalikan jenama peruncitan antarabangsa. Seterusnya, memberi gambaran sebenar bagaimana sesuatu sistem peruncitan itu diguna pakai sama ada untuk pengendalian peringkat domestik atau antarabangsa. Objektif seterusnya ialah memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang kerjaya dalam bidang ini.
Pada hari Jumaat bersamaan 29 Nov, kami telah berkumpul di perkarangan perhentian bas di fakulti perniagaan pada jam 3.00 petang. Lawatan ini telah disertai oleh Puan Shahira Binti Ariffin, beliau adalah pengiring untuk lawatan kami ini. Sementara menunggu ketibaan bas, Ketua Projek lawatan ini iaitu Hazman telah memberi sedikit taklilmat tentang aktiviti di sana. Dan untuk memberkati perjalanan kami, saya telah mengetuai bacaan doa sebelum memulakan perjalanan.Pada jam 4.00 petang, kami telah memulakan perjalanan ke Johor Bahru.
Pada pukul 6.00 petang, kami berhenti rehat di R&R Ayer Keroh, Melaka bagi menunaikan solat asar dan minum petang dan kami meneruskan perjalanan pada pukul 6.30 petang.
Alhamdulillah, kami tiba di perkarangan Zen Zeng Hotel iaitu tempat penginapan kami tepat jam 9.00 malam. Elia sebagai biro yang menentukan bilik-bilik kami semua telah check-in dan mengagih-agihkan bilik kepada pensyarah dan kami semua. Pelajar lelaki telah ditempatkan di blok A manakala pelajar perempuan di blok B. Aktiviti seterusnya ialah kami akan melawat ke Bazar Karat. Kami diberi masa untuk bersiap dan kami memulakan perjalanan ke Bazar jam 10.00 malam dan tiba jam 10.15 malam. Akan saya post aktiviti di Bazar Karat pada entry yang lain. Kami pulang ke hotel tepat jam 12.00 tengah malam.
Pada hari Sabtu bersamaan 30 Nov, sebelum kami melawat JPO, kami bersarapan pagi di Restoran Zaidi yang berhampiran dengan penginapan kami. Kami memulakan perjalanan ke JPO yang terletak di Kulai Jaya, Johor Bahru pada pukul 10.00. Untuk aktiviti di JPO, saya akan post di entry seterusnya.
Hazman telah memberitahu kami bahawa aktiviti di JPOakan berahkir pada jam 4.00 petang. Kami telah menemuramah direktor JPO yang mana banyak menerangkan kepada kami tentang latar belakang JPO. Selepas selesai tugas, kami pulang ke Shah Alam pada pukul 4.00 petang.
Dalam perjalanan pulang, kami kerap kali berhenti di R&R untuk ke tandas. Kami berhenti di R&R Pagoh pada pukul 6.00 petang untuk sedikit minum petang. Pada pukul 8.00 malam, sekali lagi kami berhenti di R&R Dengkil untuk menunaikan solat. Alhamdulillah, kami semua telah selamat tiba di fakulti pada pukul 09.30 malam.
No comments:
Post a Comment