Sebelum kami melawat bazar. Kami makan malam bersama-sama di sebuah gerai makan yang berada di e tengah-tengah bazar. Saya dapat melihat berbagai jenis makanan yang dijual seperti kedai Apam Balik, kedai Char Kuey Teow, kedai Otak-otak Johor dan banyak lagi. Tetapi kedai yang kami makan menyediakan makanan seperti Mee Bandung, Mee goreng dan banyak lagi. Harga bagi makanan di sana sedikit mahal atas sebab sewa disitu yang agak mahal. Tetapi saya amat berpuas hati kerana semua makanan amat sedap. Sambil menjamu selera, kami boleh mendengar alunan lagu yang didendangkan oleh penyanyi di khemah karaoke. Semua lagu yang dinyanyikan amat menusuk kalbu dan terdapat penari golongan tua yang menari-menari untuk menarik perhatian pengunjung di sana.
Selepas selesai makan, kami memasuki ke gerai-gerai yang menjual pelbagai barang seperti baju, kasut, tudung, barang kosmetik,barang antik, beg, barang ganti kereta dan motor, stiker kereta dan motor dan lain-lain. Susunan gerai yang terdapat sepanjang bazar amat teratur dan mudah untuk pengunjung mengenal pasti jenis gerai. Selain itu, harga yang ditawarkan bagi setiap kedai amat berpatutan dan ada gerai yang menawarkan harga yang sangat murah. Terdapat juga peniaga yang menjual barang secara pukal seperti baju, jam, gelang dan lain-lain. Apa yang saya dapat konklusikan ialah, kebanyakkan peniaga di bazar karat meletakan harga bagi barangan mereka yang mahal berbanding dengan tempat lain. Maksud saya ialah, harga untuk barang tersebut boleh didapati secara murah tetapi peniaga di bazar karat meletakkan harga yang agak mahal.
Selain itu, terdapat juga peniaga yang menjual barangan mereka di dalam kereta, di tepi jalan dan lain-lain lagi. Bagi peniaga-peniaga yang mempunyai gerai, mereka dapat menarik perhatian pengunjung dengan meletakkan lampu-lampu yang berwarna-warni dan juga ada yang memasang musik yang sesuai dengan suasana kedai. Akan tetapi, bagi peniaga seperti peniaga yang tidak mempunyai tapak berniaga, mereka berniaga dalam suasana yang gelap dan saya melihat tak banyak pengunjung yang membeli di kedai mereka.
Seterusnya, barang-barang di bazar karat ini kebanyakkan dari luar negara iaitu China. Barang-barang yang dijual adalah yang berkualiti, oleh yang demikian mereka meletakkan harga yang mahal dimana mereka dapat keuntungan yang banyak selepas mereka membeli barangan tersebut dari kilang secara murah.
Akhirnya kami telah balik ke hotel pada pukul `1230 pagi dan kami berehat untuk aktiviti keesokan harinya. Kami berasa sangat gembira kerana dapat membeli-belah di Bazar karat.

No comments:
Post a Comment